Minuman yang sihat-
1. Mereka yang aktif bersukan perlu meminum air yang seberapa banyak yang boleh.
2. Sebaik-baiknya minum minuman khusus yang disediakan untuk mereka yang aktif bersukan.3. Anda juga boleh minum jus buah-buahan seperti jus epal, jus tembikai, jus oren, jus jambu dan sebagainya.
4. Sekiranya anda bakal menghadapi perlawanan, pastikan anda minum sebelum perlawanan,
semasa rehat dan selepas perlawanan berakhir.
5. Begitu juga ketika anda menjalani sesi latihan, amalkan tabiat meminum sebanyak mungkin
air yang diperlukan oleh tubuh anda.
6. Jika anda minum susu, pilihlah susu yang rendah kandungan lemaknya.7. Elakkan minuman beralkohol. Begitu juga elakkan minuman seperti kopi, teh
dan seumpamanya.
Makanan yang sihat
1. Adalah penting untuk mereka yang aktif bersukan untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan latihan atau bermain dalam sebarang pertandingan.
2. Banyakkan memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat dan proteinnya.
3. Walaupun makanan itu penting, jangan sekali-kali anda terlebih makan pula kerana keadaan itu pasti menjejaskan prestasi anda dan mutu permainan anda.
3. Walaupun makanan itu penting, jangan sekali-kali anda terlebih makan pula kerana keadaan itu pasti menjejaskan prestasi anda dan mutu permainan anda.
4. Elakkan makan makanan yang tinggi kandungan lemaknya dan makanan yang boleh menyebabkan anda gemuk atau meningkatnyaberat badan anda. Kurangkan mentega, marjerin, planta dan sebagainya.
5. Elakkan makanan yang manis dan tinggi kandungan gulanya. Kurangkan makan cokelat, gula serta kurangkan kandungan gula dalam setiap makanan anda.
6. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. (Pakar pemakanan menggalakkan ahli sukan memakan tiga hidangan buah-buahan setiap hari. Ini termasuklah buah-buahan sitrus seperti oren yang banyak mengandungi Vitamin C. Buah-buahan juga diketahui umum banyakmengandungi beta karotene

Panduan umum :
a) 60 % karbohidrat (boleh didapati daripada buah-buahan sayur-
sayuran dan bijirin);
(b) 20 % protein (bahan-bahan tenusu seperti susu, telur, daging, ikan
dan lain-lain);
(c) 20 % lemak (daripada semua jenis makanan).
Oleh itu adalah penting bagi anda mengetahui jenis-jenis makanan atau kumpulan makanan yang boleh menyumbangkan keperluan karbohidrat, protein dan lemak seperti yang diperlukan di atas. Makanan-makanan seharian yang kita makan, tergolong dalam enam jenis kumpulan iaitu :
(a) daging/ protein
(b) bijirin seperti gandum, roti, nasi dan sebagainya
(c) sayur-sayuran
(d) buah-buahan
(e) susu dan makanan seumpamanya
(f) makanan berlemak
(credits to panitiapjpksmksc.blogspot.com)
So, dengan panduan nih, harap2 sume ahli2 sukan menjalankan tabiat pemakanan dan diet yang seimbang..jangan kurang makan, nanti pengsan/saket waktu tournament pulak..
Tapi, jangan terlebih makan, nanti lompat tak sampai 1 inci pon..hehe.
~Have a healthy life ~
Opps, lupe pulak..
Makanan seimbang dikira berdasarkan jumlah kalori..bukan berdasarkan saiz dan kuantiti yer..=)
No comments:
Post a Comment