Minuman yang sihat-
1. Mereka yang aktif bersukan perlu meminum air yang seberapa banyak yang boleh.
2. Sebaik-baiknya minum minuman khusus yang disediakan untuk mereka yang aktif bersukan.3. Anda juga boleh minum jus buah-buahan seperti jus epal, jus tembikai, jus oren, jus jambu dan sebagainya.
4. Sekiranya anda bakal menghadapi perlawanan, pastikan anda minum sebelum perlawanan,
semasa rehat dan selepas perlawanan berakhir.
5. Begitu juga ketika anda menjalani sesi latihan, amalkan tabiat meminum sebanyak mungkin
air yang diperlukan oleh tubuh anda.
6. Jika anda minum susu, pilihlah susu yang rendah kandungan lemaknya.7. Elakkan minuman beralkohol. Begitu juga elakkan minuman seperti kopi, teh
dan seumpamanya.
